80s toys - Atari. I still have

Online : 1| Hari ini : 1| Total : 524
Luas neraka

Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata: Jibril datang kepada Nabi saw pada waktu yg ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya, maka ditanya oleh nabi s.a.w.: ``Mengapaaku melihat kau berubah muka?`` Jawabnya: ``Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidaklayak bagi orang yg mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar, dan siksa Allah itu terbesar untukbersuka-suka sebelum ia merasa aman daripadanya.``Lalu nabi s.a.w. bersabda: ``Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat Jahannam.``Jawabnya: ``Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya.Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan basinya.Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yg disebut dalam Al-Qur'an itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah bumi yg ke tujuh. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang di hujung barattersiksa, niscaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timurkerana sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi,dan numannya air panas campur nanah, dan pakaiannya potongan-potongan api.Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu dari orang laki-lakidan perempuan.``Nabi s.a.w. bertanya: ``Apakah pintu-pintunyabagaikan pintu-pintu rumah kami?``Jawabnya: ``Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya di bawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda.`` (nota kefahaman: yaitu yg lebih bawah lebih panas). Tanya Rasulullah s.a.w.: ``Siapakah pendudukmasing-masing pintu?`` Jawab Jibril: ``Pintu yg terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang yg kafir setelah diturunkanhidangan mukjizat nabi Isa a.s. serta keluarga Fir'aun sedang namanya Al-Hawiyah. Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim, Pintu ketiga tempat orang shobi'in bernama Saqar. Pintu keempat tempat Iblis danpengikutnya dari kaum majusi bernama Ladha, Pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah. Pintu ke enam tempat orang nasara bernama Sa'eir.``Kemudian Jibril diam segan pada Rasulullah s.a.w. sehingga ditanya:``Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?``Jawabnya: ``Di dalamnya orang-orang yg berdosa besar dari ummatmu yg sampai mati belum sempat bertaubat.``Maka nabi s.a.w. jatuh pingsan ketika mendengar keterangan itu,sehingga Jibrail meletakkan kepalanabi s.a.w. di pangkuannya sehingga sadar kembali dan sesudah sadar nabi saw bersabda:``Ya Jibril, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari ummat ku yangakan masuk ke dalam neraka?``Jawabnya: ``Ya, yaitu orang yg berdosa besar dari ummatmu.``Kemudian nabi s.a.w. menangis, Jibrail juga menangis, kemudian nabi s.a.w. masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecualiuntuk sembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang selalu menangis dan minta kepada Allah.(dipetik dari kitab ``PeringatanBagi Yg Lalai``)Dari Hadith Qudsi: Bagaimana kamumasih boleh melakukan maksiat sedangkan kamu tak dapat dengan panasnya terik matahari Ku. Tahukah kamu bahwa neraka jahanamKu itu:1. Neraka Jahanam itu mempunyai7 tingkat2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak7. Setiap kotak mempunyai 70,000batang pokok zarqum8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta mengandungi lautan racun yang hitam pekat.10.Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai11.Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat.


HOME || PARTNER || GUESTBOOK

Online Users
Copright © 2011 awenk_yoex
All Rights Reserved