Jibril Mengajar Nabi Nuh membuat Kapal
Di saat kaum Nuh melakukan tipudaya untuk membinasakan Nabi Nuh as maka Allah
membinasakan mereka semua iaitu dengan mengeluarkan daripada bumi air yang
sangat panas dan mencurahkan dari langit air yang sangat sejukdan mendatangkan
angin taufan yang sangat dahsyat di keliling mereka, saat itu binasalah musuh-musuh
Nabi Nuh dan selamatlah Nabi Nuhberserta pengikut-pengikutnya yang beriman.
Firman Allah SWT yang bermaksud:
�Maka Kami selamatkan Nuh dan orang-orang yang bersertanya di dalam kapal yang
penuh muatan.�
(Asy-Syu�ara�: 119)
Kaum Nuh ingin mengeluarkan Nabi Nuh as. daripada tengah-tengah mereka. Kemudian
Allah SWT melakukan tipu daya terhadap mereka. Dan Allah mengeluarkan daripada
langit air yang sangat sejuk dan memancarkan air daripada bumi dengan air yang
sangat panas.
Firman Allah SWT yang bermaksud:
�Maka Kami bukakan pintu-pintu langit dengan menurunkan air yang mencurah-curah.
Dan Kami jadikan bumi memancarmata air-mata air maka bertemulah air-air itu
satu urusan yang sungguh telah ditetapkan.�
(Al-Qamar: 11-12)
Ketika masa azab yang telah ditentukan oleh Allah SWT itu hampir tiba, Allah
mengutus Malaikat Jibril as untuk menemui Nabi Nuh as mengajarkan kepada beliau
cara-cara menukang kayu, dan Jibril mengatakan bahawa Allah menyuruh Nabi Nuh
membuat sebuah kapal.
Firman Allah SWT yang bermaksud:
�Dan buatlah bahtera itu dengan pengawasan dan petunjuk wahyu Kami.�
(Hud: 37)
Kemudian Nabi Nuh berkata: �Bagaimana cara membuat kapal tersebut? Jibril
menjawab: �Potonglah 124000 keping papan, dan pada tiap-tiapkeping papan itu
tertulis nama Nabi.� Nabi Nuh menjawab: �Sesungguhnya saya tidak mengetahui
seluruh nama-nama Nabi tersebut? Allah berfirman: �Wahai Nuh, tugas memotong
papan itu adalah tugasmu, sedangkan menyatakan nama-nama nabi itu, Akulah yang
akan melakukannya.�
Kemudian Nabi Nuh pun memotong kepingan papan yang pertama, maka kelihatan nama
Nabi Adam as. Pada kepingan yang kedua nampak nama Syaitsas. Pada kepingan
papan yang ketiga nampak namaIdris as. Pada kepingan papan yang keempat nama
Nuh as. Demikianlah seterusnya, setiap kali Nabi Nuh selesai memotong papan
tersebut maka nampaklah nama seorang Nabi pada papan itu. Yang paling akhirnya
adalah Nabi Muhammad SAW, sebagai penutup nabi-nabi, penghias orang orang suci
dan penyuluh para wali.
Setelah itu Allah memerintahkan Nabi Nuh as untuk menyiapkan paku-pakunya. Pada
setiap paku tercantum nama salah seorang Nabi. Setelah Nabi Nuh as menyiapkan
paku, lalu beliau menyatukan kepingan-kepingan papan tersebut dan memakunya.
Orang-orang kafir yang melihat pekerjaan Nabi Nuh itu mengejekdan menghinanya.
Hal ini dinyatakan Allah SWT dalam firmanNya yang bermaksud:
�Dan mulailah Nuh membuat bahtera. Dan setiap kali pemimpinkaumnya berjalan
melewati Nuh, mereka mengejeknya. Berkatlah Nuh: �Jika engkau mengejek kami,
maka sesungguhnya kami pun mengejekmu sebagaimana kamu sekalina mengejek (kami).�
(Hud: 38)
Itulah sebagai peringatan yang diberikan oleh Allah, kerana ketika Allah
nampakkan nama-nama kekasih-Nya pada kepingan papan itu, maka Allah selamatkan
papan itu dan penumpangnya daripada badai dan taufan. Dan ketika Allah
menampakkan pada hati orang-orang beriman kecintaan kepadaRasulullah SAW dan
sahabat-sahabatnya, maka Allah selamatkan pula mereka daripada seksaan api
Neraka.
Dalam sebuah kisah diceritakan, bahawa ada yang bertanya kepada Abdullah bin
Abbas ra. �Ajarilah kami ilmu yang dapat menyelamatkan kamidaripada api neraka
dan dapat memasukkan kami ke dalam Syurga?�
Ibnu Abbas menjawab: �Hendaklah kamu semua melakukan lima belas perkara. laitu
lima dengan lisan, lima dengan anggota badan dan lima dengan hatimu.
Lima dengan lisan itu adalah mengucap kalimah:
Subhanallah
Alhamdulillah
La ilahaillallah
Allahuakhbar
Lahaulawala quwata illa billahil �aliil adzhim
Lima dengan anggota badan iaitusolat lima waktu:
Isyak.
Subuh.
Zohor.
Asar.
Maghrib.
Lima dengan hati iaitu mencintai lima orang yang dicintai Allah SWT Rasulullah
dan sahabat yang empat.
Nabi Muhammad SAW
Abu Bakar Siddiq.
Umar bin Khattab.
Usman bin Affan.
Ali bin Abi Thalib. BACK